Followers

Wednesday, February 27, 2013

mlm yg awesome : )


hey guy's : ) haha lama sebenarnya tak hadap blog ni ,and kim tak tahulah if still ada yg follow and singgah baca blog kim ni --"

anyway ,kim nk cerita about last 17 feb 2013 ...the night kim ,with step sister ,kak nana and ifa menggila buat cover lagu tp just gerakkan mulut je hahaha :P first lagu "naluri lelaki" and second song is "ombak rindu" hahaha ,ohseem xD 
the next night ,18 feb 2013 bergambar bersama pula haha pakai baju "IM4U"
yg kim pula boleh join kak nana and ifa bertudung hahaha ,tutup aurat :P
and kak nana ada upload gambar kiteorang semua ni kt fesbuk dia ,lepas tu kak aimi comment kt gambar tu ..."baju kakak utk kakak mana ?" something like that lah .. hahaha anyway hope sesiapa yg baca ni hope enjoy video "cover" tu hihi ...assalamualaikum semua : )

the family conversation

kak aimi - yul ,tolong ambilkan remote tv.

me - *ambilkan remote bg kt kak aimi

kak aimi - kau dah jadi adik aku confirm kena dera dalam rumah ni haha

me - * diam senyum tgk tv : )

kak aimi - dalam rumah ni semua dah kena dera dgn kakak haha

auntie / mama tiri - haa ,mama pun kena dera dgn kamu juga 

me - hahahaha *gelak tak kava xD

"anyway thank you so much sbb sudi terima saya dalam keluarga ini :' )"

Sunday, December 16, 2012

Couple

Mention about couple ...kebanyakkan remaja or budak sekolah rendah or menengah ...mesti ada couple ,pasangan kekasih ...dan kebanyakkan pasti akan bertukar tukar pasangan ...katanya curang ,bosan ,tak lawa ,sekian sekiannya ...kalau ada alasan semua tu mengapa couple dengan orang tersebut ? 

Couple ...cara ingin ada sebuah relationship bagai begitu mudah sekarang ni ..tidak seperti dulu ...sekarang minta couple on facebook ,twitter ,skype or any social network pun boleh ..tak perlu berjumpa dahulu ...haha ...kalau dahulu ,kenal dahulu beberapa bulan ,(insyallah) baru jadi pasangan ...sekarang jadi pasangan dahulu ,bila dah tahu baik buruk seseorang tu baru menyesal ...

Me ? haaa so here am i ...nak share the last time minta couple in person ...1 vs 1 haha : )
waktu tu ,ada berborak dengan member ,berborak lah pasal perempuan kalau couple ni memilih ,berpoket tebal ,handome ...kira complete package la kan ...then member (cant mention his name) cakaplah "kalau aku kaya ,aku nak berlakon miskin gila ..cari awek nk tgk dia sanggup tak naik motor buruk dengan aku, kalau dia tak nak ...time tu juga tinggalkan dia ...aku bawa keluar kereta FERRARI " hahaa 

Memang smart idea tu ...unfortunately si kawan ni tak ada Ferrari ...hahaha ...tapi dia ada motor and kereta so sure ada yg minat beliau tanpa memandang kebendaan beliau ...berbalik pada cerita kim ...so bila terdengar cerita dia ni ,terlintas lah difikiran yg nk try seorang awek ,crush and at the same time nk cuba uji si crush ni ...kim tak sekaya nk ada Ferrari bagai tapi just mahu mencuba uji...so ni second time berjumpa dengan beliau ...and kim dress up "KAWKAW PUNYA SAKAI" dengan rambut panjang ...seluar koyak lutut ...baju hitam kosong ...hahaha then keluar Times Square berjumpa dengan si crush ...at first maybe beliau terkejut sebab before this jumpa elok "je" kim dress up and now ...so yada yada yada end of that day ...kim minta couple ,she said nanti dia bagi jawapan ...after beberapa hari kemudian beliau menghilang hahaha ...so not surprise ...dapat tahu lah alkisah yang beliau dah ada couple baru ...


Contohlah ,bagi si lelaki kan ... kalau ada perempuan lawa nak kat anda ...then hmm faham faham lah bila poket semakin kosong sampai duit mak bapa (bagi si remaja sekolah) pun habis ....tak payah lah ...tu pisau cukur namanya si couple anda tu ...bagi si perempuan pula ...berjaga jaga dengan perangai buruk lelaki ,tak semuanya baik namun tak semuanya jahat ...bijaklah memilih pasangan bijaklah melakukan sesuatu perkara itu ...bukan kim mengalakkan couple ni ...tapi just beri pendapat ...kalau nk beri nasihat ,sebaik baiknya belajar dahulu sampai habis baru focus benda benda ni ...tak pun terus sambung belajar maybe habis belajar nanti ada calon then terus kahwin ...insyaallah ...

Dari situ ada masa untuk berkenalan hati budi pasangan anda ,mungkin tiada sebab mahupun alasan mahu putus dengan ikatan yg dah terjalin : )


p.s-sorry if post ni agak mengarut or kolot ...maaf yaa thx sebab sudi membaca ,agaklama tak update blog ni  ,kalau tak keberatan ..Click Button Like jika anda menyukai post ni heee : p

Friday, November 30, 2012

semua kelabu

semua kelabu bisu ,kerana ku cuba meninggalkan diriku yang layu ...

aku yang kian lama menghilang ,jasad ku masih berdiam diri tidak dipeduli tak ku sedari

hayat masih bergerak lagi ,dimanakan ku cari penganti hayat lamaku yang hancur ...diriku terpaku kelak diri ku menutupi impian ini ,sampai bilakah ku bertahan ...?atau mungkinkah ku terlalu meminta ? hmm menunggu waktu ,semua kelabu dan semakin menghilang 


Monday, September 17, 2012

Tajuk : Puntianak(kisah sebenar)

bismillahirrahmanirrahim ,di sini kim ingin berkongsi cerita pengalaman sebenar yang kim lalui pada hari Ahad 9 September yang lalu .
ketika itu pada malam sabtu 8 September kim baru pulang dari petandingan bboy battle di setapak .sebelum pulang kerumah kim buat keputusan pergi makan bersama kawan kim di restoran western food .berborak makan selesai semua lewat malam kim terus pulang kerumah ,sejujurnya memang tiada apa apa yang ganjil waktu kim pulang ketika itu .sampai saja di rumah memang kim tak ada buat apa apa ,tiba di rumah kim terus tukar baju dan tidur tanpa syak apa apa tapi memang dah lewat malam baru kim masuk tidur ...waktu SUBUH kim TERJAGA sebab agak sejuk ,kim bangun dengan niat mahu tarik selimut .memang sejuk sangat waktu itu ,dalam fikiran kim memang niat cuma ingin berselimut semula .ketika kim ingin tarik selimut ,kim pandang ke arah pintu .dalam keadaan yang sangat gelap kim ternampak sesuatu yang sangat JELAS DAN NYATA ! YA ALLAH ,puntianak di depan mata kim ,dekat sungguh jelas rupanya dari hujung kaki ke rambut !kim masih ingat bagaimana rupanya sehingga sekarang ...sejujurnya kim memang sangkakan mimpi sahaja ,sebab sebelum ini kim pernah termimpi kim nampak puntianak .tapi yang hairannya ia berlaku pada waktu yang sama (SUBUH)tempat yang sama(depan pintu bilik tidur) ya tuhan sesangat sangat kim dalam ketakutan waktu itu .saat kim pandang "benda"itu ,seluruh anggota badan kim tidak dapat bergerak langsung ,keras kaku!kim ingin menjerit sekuat hati ,allahu akbar .tak mampu langsung kim mahu bersuara ketika itu .sejelas jelasnya kim nampak rupanya yang menakutkan yang sukar untuk kim gambarkan,rambut panjangnya yang kusut .memang tidak sama seperti gambaran di dalam drama movie melayu semua .selepas kejadian itu kim minta pendapat pada kawan kim yang arif tentang benda benda ini .katanya kemungkinan besar "BENDA" ikut kim pulang tanpa disedari .kim juga terangkannya yang kim rasa seperti mimpi tapi sungguh nyata ketakutan itu .kawan kim pun pernah lalui perkara yang sama .selepas seminggu berlalu ,hari ini (17 September)kawan kim dtg semula berjumpa dgn kim di tempat kerja kim pukul 2 pagi .kebetulan memang ada hal berjumpa dengannya .dia pun ada berjumpa dengan orang yang lebih arif bertanyakan tentang apa yang kim nampak sama ada ia benar ataupun hanya mimpi .ya ia memang benar yang kim ternampak puntianak dan benar ia ikut kim pulang ketika itu ...astagfirullahaladzim ,kim memang mengharapkan ia cuma mimpi ...maaflah jika baru sekarang baru kim dapat berkongsikan cerita ini .sehingga sekarang kim masih ketakutan ,kebetulan pula sebelum kawan kim memberitahu tentang yang memang benar benda itu ikut kim pulang ,kim ada bercerita dgn staff di tempat kerja kim dan saat kim bercerita seluruh anggota badan kim meremang .
Gambar Hiasan
sejujurnya tidak pernah kim setakut ini dan kawan kim pun kata "kali pertama" dia nampak sebegini takutnya .hmm setakat ini ,ini sahaja kim dapat kongsikan dan kim berharap sangat tidak bertemu ,ternampak kelibat mahupun berjumpa depan mata kim dengan "bENDA "itu lagi ...kepada yang membaca post ini ,sama ada anda mahu percaya atau tidak .terpulanglah ,setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza,kan ...terima kasih sebab sudi membaca ,jika tidak keberatan ,click like kt bawah post ni ..hehe :P